Thursday, May 14, 2009

Persediaan Untuk Pemantauan Pusingan ke-3

Setelah berjaya melayakkan diri ke peringkat ini, pihak sekolah mula membuat perubahan dan memantapkan persediaan bagi pusingan kali ini. Pihak sekolah difahamkan terdapat 3 sekolah bagi setiap daerah iaitu 3 sekolah dari daerah Jasin, 3 sekolah dari daerah Melaka Tengah dan 3 lagi dari Daerah Alor Gajah. Sekolah-sekolah yang berjaya dipilih akan berentap untuk mewakili Negeri Melaka ke peringkat kebangsaan pula.

PPDa ini telah menjadi hangat walaupun ini adalah penyertaan yang sulung kami dalam PPDa , namun kami tidaklah meletakkan harapan yang terlalu tinggi tapi kami akan cuba yang terbaik. Semoga rezeki menyebelahi kami.

انشا الله

Bagi persediaan untuk pemantauan kali ini, pihak sekolah telah banyak melakukan beberapa perubahan besar seperti mana yang telah ditegur dalam siri pemantauan pertama dan ke-2. Bagi memenuhi kehendak itu, warga SKSD sekali lagi bergotong-royong bagi menjayakan lorong PPDa sekolah kami.

Pihak sekolah berharap usaha kami akan membuahkan hasil yang setimpal.
Sesungguhnya yang baik itu dari Allah swt, dan yang lemah itu datangnya dari diri kami sendiri.



No comments:

Post a Comment