Friday, April 24, 2009

Ceramah Anti Dadah Bagi Pelajar-pelajar Model CO 5 star

Pada 24 April 2009 yang lalu, pelajar-pelajar model CO 5 star telah menyertai satu sessi ceramah anti dadah yang telah disampaikan oleh wakil AADK Negeri Melaka. Ceramah tersebut juga turut disertai oleh ibu bapa dan penjaga bagi setiap pelajar-pelajar model CO tersebut.

Walaupun suasana diluar dewan agak cerah dan terik, namun bahan yang ingin disampaikan telah menarik minat para pelajar dan penjaga untuk diambil manfaat bersama.

Sesudah ceramah berakhir, acara diteruskan dengan Majlis Pelancaran Model CO 5 Star yang telah disempurnakan oleh YB Tn Hj Ghazale Bin Mohamad.

Dengan kerjasama yang diberikan oleh semua guru-guru dari sekolah-sekolah yang terlibat acara tersebut telah berjalan lancar dan berakhir lebih kurang jam 6.30 ptg.

Semoga memberi manfaat dan impak kepada semua.!



Pemantauan kali pertama

Pada 24 Mac 2009 bersamaan hari Selasa wakil pemantauan PPDa sekolah rendah telah membuat pemantauan kali pertama. Buat pertama kali SKSD menyertai pertandingan ini, jadi terdapat beberapa kelemahan yang telah di tegur bagi memperbaiki lagi lorong PPDa Sk Serkam Darat.

Sungguh pun begitu, pihak sekolah gembira apabila hasil usaha dari semua warga SKSD, Sk Serkam Darat dapat memasuki pusingan yang seterusnya.

الحمدالله


Monday, April 20, 2009

PPDa_ SK Serkam Darat 2009



السلم عليكم
بسم الله الرحمن الرحيم

Unit Ict SK Serkam Darat mengucapkan jutaan terima kasih kepada para pengunjung sekalian diatas kesudian mengunjungi blog PPDa_SK Serkam Darat ini. Blog ini akan memceritakan serba sedikit tentang penglibatan Sk Serkam Darat dari awal hingga kini, juga sedikit maklumat tentang dadah dan yang berkaitan dengan nya.

Diharap dengan adanya blog ini akan dapat bersama-sama kita berkongsi maklumat dan informasi tentang dadah dan PPDa di sekolah.

SEKOLAH BEBAS DADAH 2012