Saturday, May 2, 2009

Inhalan

Inhalan ialah bahan kimia yang mengandungi bahan psikoaktif yang dihasilkan daripada pelarut organik dan bahan meruap yang boleh dijumpai dalam lebih 1000 produk rumah seperti aerosol, pelekat, deodoran, gam kayu, penyembur rambut, minyak wangi, penyegar udara, gasolin, cecair pemetik api dan cat.

Inhalan boleh dihidu secara terus daripada bekas terbuka, atau menggunakan kain yang direndam ke dalam bahan kimia tersebut dan meletakkannya berhampiran muka. Selain itu, bekas terbuka atau kain lembab itu boleh diletakkan dalam beg plastik dan sebelum dihidu.

Inhalan dikatakan boleh menyebabkan kematian sel otak. Disebabkan sel otak yang baru tidak lagi terbentuk selepas kelahiran, ini bererti penagih inhalan yang tegar akan berhadapan dengan risiko kecacatan akal. Kadangkala inhalan ini turut digunakan oleh penagih dadah yang tiada duit.

No comments:

Post a Comment